Membangun pemuda / pemudi untuk mengenal ajaran islam lebih dalam. Membina silahtuhrrahim terhadap semua elemen umat islam. Membangun sikap positif dan membuka wawasan umat tentang sistem dakwah dalam dunia islam. Memahami arti pentingnya fungsi lingkungan islami dalam membentuk pribadi umat masa depan. Menggapai ridho Allah dan syafa’at Rosulullah SAW sebagai hasil dari aktifitas kebaikan yang terus menerus sedang kita lakukan. Menjaga budaya Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW dan menjaga budaya islam yang diajarkan oleh orang tua kita terdahulu.

Habib Salim bin Ahmad Al Attas (Mufti Johor)



Al Allamah Sohibus Samahah Habib Salim Bin Ahmad al-Attas - Mufti Pertama Johor ( Hidup pada abad ke 19 )

Nama lengkapnya ialah Dato' Habib Salim Bin Ahmad Bin Muhsin Bin Abu Bakar Bin Ahmad Bin Ali Bin Hussain Bin al-Qutub Habib Umar Bin Abdul Rahman al-Attas dan beliau berasal dari Hadramaut, Yaman.

Mendapat pendidikan awal di kampung halaman dan seterusnya ke Mekah. Diantara gurunya yang paling mahsyur ialah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan (1817-1886).

Semasa usia remajanya, beliau amat gigih dalam menuntut ilmu. Pernah dikisahkan bahawa, Habib Salim sering melilitkan seutas tali dilehernya 
sewaktu sedang belajar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan beliau tertidur ketika sedang menghafal ilmu.

Tidak dapat dipastikan bila beliau berhijrah ke negeri Johor namun jasanya yang amat besar didalam pentadbiran kerajaan Johor sekitar 1870an hingga wafat tidak dapat dinafikan.

Habib Salim dilantik menjadi Mufti Kerajaan Johor pada tahun 1873. Beliau memegang jawatan tersebut selama 26 tahun iaitu sehingga 1899. Seterusnya jawatan mufti ke 2 diambil alih oleh Tuan Guru Dato' Abdullah Musa al-Kalantani.

Antara jasanya yang besar ialah :
  1. Bertugas untuk memeriksa setiap kadi, naib kadi, guru agama sekolah, guru agama dan imam kampung sebelum melantik mereka ke jawatan tersebut.
  2. Memberikan tauliah mengajar pada guru-guru agama disekitar negeri Johor.
  3. Beliau dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang Islam dalam membantu Tok Hakim Tua ( Tuan Guru Haji Muhammad Salleh al-Kalantani - Hakim Mahkamah Tinggi Johor Pertama ).
  4. Mengesahkan Penubuhan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
  5. Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
  6. Menjawab pelbagai soalan mengenai hal ehwal agama Islam dan kemudiannya menjadikan jawapan tersebut sebagai fatwa kerajaan.
Tidak dapat dipastikan bila Habib Salim al-Attas wafat namun kemungkinan besar pada tahun 1899 atau awal abad ke 20.

Jasad beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Baca juga :




Subscribe to receive free email updates:

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *